Resepi : Maggi Kari Letup Ala SL
Bahan - Bahan
Maggi Kari Letup (kalau nak pakai mee segera perisa kari brand lain pun xpe)
Separuh Cili Hijau (kalau nak lagi pedas, pakai cili padi)
Separuh Lobak Merah (aka carrot)
Sebiji Bawang Merah (saiz sederhana)
Sebiji Tomato (saiz sederhana)
Sepotong Daging (sikit je)
Satu sudu sos tomato
Dua cawan setengah air
Cara memasak
Didihkan air dan masukkan bawang, cili hijau, lobak merah, tomato dan daging. Didihkan sehingga lobak merah dan bawang menjadi lembik lembut.
Masukkan perisa (seasoning) maggi kari letup, sos cili dan tomato dan tunggu higga mendidih lagi.
Apabila air sudah mendidih, masukkan mee maggi dan tunggu hingga mee masak.
Sejurus selepas mee masak, masukkan telur. (sekejap je..nak bagi telur half cook baru sedap)
Hidangkan (amacam? nampak sedap tak? bila share gambaq ni dengan adik2, depa ingat maggi tomyam..wahahahaha)
Awal-awal kena share resepi senang-senang dulu.. maklumla SL pun baru dok belajaq masak..
Nak tau sedap atau tak, kenala cuba.. SL makan sampai licin.. buuurrrppppp~~~ ops~!
Selamat Mencuba~~
xoxo;
storylicious
0 comments:
Post a Comment