Feeds RSS
Showing posts with label SL Kitchen. Show all posts
Showing posts with label SL Kitchen. Show all posts

Friday, 12 October 2012

SL Kitchen : Telur Dadar Special

Resepi : Telur Dadar Special

Bahan - Bahan:
2 biji telur
3 biji bawang kecil
1 biji cili hijau
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk cili
Cara Membuatnya:
Pukul telur bersama semua bahan diatas dan goreng seperti biasa.

Sedia dihidangkan.

~~Selamat Mencuba~~

xoxo;
storylicious

Thursday, 11 October 2012

SL Kitchen : Bubur Cha Cha

Resepi : Bubur Cha Cha

Bahan - Bahan:
Cha Cha Warna Warni
3 biji buah pelaga
Sehelai daun pandan
Susu Sejat (1/2 tin)
Gula dan garam secukup rasa
Air
Sedikit tepung gandum (untuk memekatkan bubur)

Cara Menyediakannya :
Didihkan air bersama daun pandan, buah pelaga dan cha cha.
Tunggu sehingga air mendidih dan cha cha menjadi lembut.
Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau nak manis, lebihkan gula.
Tuang susu sejat (SL tak pakai santan) dan kacau sehingga sebati.
Cairkan sedikit tepung gandum bersama air dan campurkan kedalam untuk memekatkan bubur.
Sedia dihidangkan :D

~~Selamat Mencuba~~

xoxo;
storylicious

Monday, 8 October 2012

SL Kitchen : Udang Goreng Tepung

Resepi : Udang Goreng Tepung

Bahan-Bahan
1 kg Udang dibuang kulit (kalau nak guna sotong/cendawan pun boleh)
1 biji Telur Putih
Minyak (untuk menggoreng)
Tepung goreng sebaguna (SL pakai jenama PUAS. Sedikit masin)
Cara Membuatnya
Panaskan minyak ke dalam kuali
Pukul telur putih sehingga berbuih
Celupkan udang kedalam putih telur selama 3-5 minit
Udang yang telah dicelup putih telur, salut dengan tepung goreng serbaguna.
Goreng udang yang telah disalut tepung sehingga keperangan
Sedia dihidangkan :)

Selamat mencuba~~~

xoxo;
storylicious

Thursday, 4 October 2012

SL Kitchen : Teh Tarik SL Style

Teh tarik sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.. Tengok aje setiap pagi mesti ramai berkerumun kat kedai mamak untuk minum teh.. Kat sini SL nak kongsi cara buat teh tarik style SL la kan...sape lagi..

Sejak mak sakit ni, ramai tetamu dtg umah, so, biasala, rumah2 mami penang ni memang selalu kena hidang teh tarik.. mula-mula buat tu tak la sedap sangat.. so, setiap pagi SL buat untuk diri sendiri, macam-macam cara...akhirnya...tercipta (chewah~ macam terer ja) Teh Tarik SL Style.. hehe..

Read More for recipe :)

Wednesday, 3 October 2012

SL Kitchen : Maggi Kari Letup Ala SL

Resepi : Maggi Kari Letup Ala SL

Bahan - Bahan 
Maggi Kari Letup (kalau nak pakai mee segera perisa kari brand lain pun xpe)


Separuh Cili Hijau (kalau nak lagi pedas, pakai cili padi)
Separuh Lobak Merah (aka carrot)
Sebiji Bawang Merah (saiz sederhana)
Sebiji Tomato (saiz sederhana)
Sepotong Daging (sikit je)


Sebiji Telur


Satu sudu sos tomato
Satu sudu sos cili


Dua cawan setengah air


Cara memasak
Didihkan air dan masukkan bawang, cili hijau, lobak merah, tomato dan daging. Didihkan sehingga lobak merah dan bawang menjadi lembik lembut.


Masukkan perisa (seasoning) maggi kari letup, sos cili dan tomato dan tunggu higga mendidih lagi.


Apabila air sudah mendidih, masukkan mee maggi dan tunggu hingga mee masak.


Sejurus selepas mee masak, masukkan telur. (sekejap je..nak bagi telur half cook baru sedap)


Hidangkan (amacam? nampak sedap tak? bila share gambaq ni dengan adik2, depa ingat maggi tomyam..wahahahaha)


Awal-awal kena share resepi senang-senang dulu.. maklumla SL pun baru dok belajaq masak.. 
Nak tau sedap atau tak, kenala cuba.. SL makan sampai licin.. buuurrrppppp~~~ ops~!


Selamat Mencuba~~

xoxo;
storylicious