Feeds RSS

Saturday, 13 October 2012

Diet : Detox Semulajadi (Sassy Water)

Holla~~
Perut memang satu masalah besar kalau nak diet kan.. Ada satu resepi detox semulajadi yang SL nak share dengan vfriends SL..No harm mencuba kan.. sebab semua ingredients die bahan semulajadi.. :)

Bahan-Bahan:

2 biji lemon
1/2 timun
sedikit halia (SL tak suka..so, tak letak pun..)
10-12 helai daun pudina
1 jug air masak

Cara Membuatnya:

Campur kesemua bahan-bahan dan simpan semalaman atau sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk.
Minum untuk menjadikannya detox semulajadi untuk membuang toksik di dalam badan..
Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu campurkan bahan-bahan di atas? Bukan campur sebab suka-suka atau rasa sahaja...setiap satu bahan yang kita campur tu, ada kelebihan yang tersendiri...

Halia - digunakan secara tradisi oleh herbalist Cina untuk menyembuhkan selsema atau masalah penghadaman.. kalau dibuat teh, halia boleh mengurangkan sakit kepala dan tekak.
Daun Pudina - membantu penghadaman dan mengurangkan sakit perut.
Timun - mengawal suhu badan sebab mengandungi 96% kandungan air.. timun jugak membantu untuk membuang toksik yang tak diperlukan oleh badan..
Lemon - memang terkenal sebagai detox..

~~Selamat Mencuba~~

xoxo;

storylicious

1 comments:

Anonymous said...

Campur dan rendam jer ek? Bkn blended wat jus kn? Tq 4 resepi ;-)

Post a Comment